Thursday, November 5, 2009



Sebagai agama yang diturunkan Tuhan untuk menjadi Rahmat kepada seluruh alam, Islam memberi penekanan yang kuat kepada usaha menyebarluaskan risalah agama kepada setiap individu manusia. Al-Quran menyarankan dua bentuk penyebaran agama kepada manusia; pertama seruan dakwah kepada mereka yang berada di luar lingkungan asyarakat Islam. Usaha ini menurut Al-Quran, harus dijalankan dengan kebijaksanaan, nasihat yang baik dan dialog yang berhemah (ruj: al-Nahl:,125). Hatta kepada penguasa zalim seburuk Fir'aun pun, Nabi Musa masih diminta oleh Allah untuk berdakwah menggunakan perkataan yang lembut dan mengetangahkan hujah yang benar dan baik (ruj: Taha, 44).

Bentuk kedua penyebaran Islam lebih bersifat dalaman iaitu usaha untuk memperbaiki keadaan masyarakat Islam itu sendiri. Pendekatan yang diketengahkan oleh Al-quran untuk usaha islah dalaman ini ialah melalui dua bentuk tindakan yang beriringan dan saling melengkapi ; pertama usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengajak mereka ke arah perkara-perkara yang baik (ma`ruf) dan yang kedua, usaha untuk mencegah segala bentuk kemunkaran. tugas ini merupakan satu kefarduan yang harus dijalankan sekurang-kurangnya oleh segolongan di kalangan masyarakat Islam. Malah keunggulan Islam sebagai umat terbaik  (Khayr ummah) juga bersyaratkan kejayaan mereka untuk melaksanakan dua tugas ini. Saranan dakwah dari al-Quran dan hadis menjadi asas kepada kemunculan gerakan Islam.

Disebabkan gerakan Islam sekarang ini berhadapan dengan cabaran-cabaran besar, maka sudah pasti gerakan islam harus menyesuaikan kekuatan dan persiapan yang ada selari dengan cabaran yang ada. Usrah merupakan pendekatan utama bagi membina pendidikan dalaman gerakan Islam.

Usrah merupakan satu saluran pendidikan gerakkan Islam yang terpenting. Peranan usrah di dalam tarbiyyah lebih menjuruskan kepada pembinaan keperibadian muslim menerusi manhaj tertentu melelui penglibatan anggota harakah (gerakan islam) di dalam kumpulan atau jamaah yang kecil bilangan anggotanya. Usrah menghubungkan anggotanya secara langsung kepada ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Usrah ialah kumpulan individu mukmin yang beriman kepada Islam berusaha tolong menolong sesama mereka untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

Hendaklah kamu nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran" (al-`asr 103:3)   

Dalam pada itu, setiap anggota dinasihatkan supaya merapatkan diri dengan tiga sumber ilmu:

1. Berguru
2. Membaca
3. Bergaul

Ilmu pengetahuan dan maklumat yang didapati melalui saluran ini, mana-mana yang perlu diamalkan terutama berkaitan dengan keislaman hendaklah dilaksanakan, jika tidak maklumat-maklumat tersebut menjadi sia-sia sahaja. renungilah ayat Allah s.w.t yang bermaksud:

" Hai orang-orang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan? amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" (as-saff 61: 2-3)


Ini jelas menunjukkan ilmu keislaman yang dihasilkan oleh setiap anggota jamaah diamalkan dengan sebaik-baiknya. Di sinilah wujudnya peranan tarbiyyah di dalam haraka Islamiah.


                              

3 comments:

Admin said...

Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk pihak admin menghasilkan blog ini dalam ikhtiar kita terus merealisasikan budaya ilmu di kalangan ahli-ahli gerakan Islam...wassalam.

Admin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kesan yang diharapkan daripada kegiatan usrah sekiranya ia berjalan mengikuti manhaj ialah untuk menyediakan "Sahsiah Islamiyah' yang tergabung di dlam diri mereka itu:

a) Aqidah yang sempurna.
b) Ibadah yang betul.
c) Akhlak yang mulia.
d) diri yang berguna.
e) Tubuh badan yang sihat.
f) kerja yang tersusun.
f) bersungguh-sungguh dalam hidup.
g) Dan mampu berusaha

sehingga sifat-sifat itu mampu memenuhi makna ayat:

terjemahan: Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami (Tuhan)tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah mengukuhkan hati mereka sewaktu mereka berdiri lalu lalu berkata : Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. (jika kami sembah), tentu kami berkata dengan perkataan yang jauh (dari kebenaran).

- Hamba Dhaif -